Tuesday, March 30, 2010

Plagiarism

plagiarisme trend atau fenomena

Plagiat merupakan trend atau fenomena? Plagiat lebih dikenali mengambil hakcipta orang lain ataupun idea orang lain menjadi hak pensendirian tanpa ada rujukan dan penhargaan kepada penulis asal. Dalam erti kata yang berbeza, plagiat boleh ditafsirkan sebagai copy-paste hasil kerja orang lain. Plagiat telah menjadi satu amalan dan budaya yang berleluasa dikalangan pelajat- pelajar pengajian atau universiti di negera kita.

Mengapa plagiat wujud? Adakah disebabkan wujudnya internet sebagai medium baru untuk mencari maklumat atau sumber? Penggunaan internet sedikit sebanyak telah mempengaruhi budaya pembelajaran di universiti. Ini kerana para pelajar mengambil jalan yang mudah tanpa membuang masa dengan menciplak maklumat yang ada didalam internet untuk dijadikan sumber atau hak persendirian tanpa adanya rujukan dari penulis.budaya ini semakin menular di mana –mana universiti di Malaysia. Di dalam internet juga terdapat sumber jurnal yang pelbagai juga mempengaruhi para pelajar untuk mengamalkan budaya plagiat.

 

Disamping itu, adakah amalan plagiarism dikalangan pelajar akan dianggap sebagai jenayah akademik? Terdapat beberapa sebab-sebab yang khusus atau spesifik mengapa budaya ini berlaku dikalangan pelajar? Diantara faktor utama para pelajar melakukan plagiat adalah kerana sikap pelajar yang kurang mahir untuk mencari maklumat. Terdapat para pelajar yang tidak didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat akan mengalami kesulitan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Keadaan ini menyebabkan para pelajar lebih cenderung melakukan plagiat. Seharusnya para pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran mencari maklumat dengan cara penyelidikan serta tahu objektif utam tugasan meraka bagi mendapat sesuatu fakta dengan tepat. Mungkin dengan cara ini, produk yang dikeluarkan oleh universiti lebih berkualiti dan kreatif. Semua universiti di Malaysia mempunyai sistem pembelajaran yang tersendiri untuk membantu pelajar mencari maklumat. Dalam kajian ashworth dan bannister, para pelajar institusi pengajian tinggi didapati tidak mempunyai maklumat yang lengkap tentang tingkah laku yang dianggap plagiat. Daripada satu kajian yang dilakukan sejumlah 40 hingga 70 peratus para pelajar institusi pengajian tinggi di amerika syarikat telah melakukan aktiviti ketidakjujuran akademik dalm bentuk yang pelbagai.


Disamping itu juga, alasan yang sering dilemparkan oleh pelajar adalah tidak menpunyai masa yand secukupnya untuk menyiapkan tugasan. Sebenarnya factor kekurangan masa tidak perlu timbul kerana sesuatu tugasan yang diberikan oleh pensyarah adalah lebih daripada cukup bagi seseorang pelajar menyiapkannya. Hal ini berlaku disebabkan sifak ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang wujud dalam diri mereka menyebabkan mereka kekurangan masa untuk menyiapkan tugasan. Apabila sikap ini wujud, mereka mengambil jalan pintas dengan meniru dan menciplak idea orang lain.

1 comments:

halida assma said...

ini sebagai informasi bersama...
secar terbukanya... isu ini menjadi fenomena ayau trend?
plagiarisme ini bergantung pada individu pnyer pendapat..
untuk st isu nie dan jadi trend bg student yang mana dh sebati dengan hidup mereka...

Post a Comment